MUAR – Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar
berkenan mencemar duli bersantap sarapan pagi mengejutkan pelanggan di Restoran
Al Ziya Fathima di Pusat Perniagaan Mas Jaya, Jalan Salleh, dekat sini pagi
tadi.
Baginda dilaporkan tiba dengan menaiki kenderaan
rasmi turut diiringi Pegawai Daerah Muar Ramlee A Rahman, ternyata mengujakan
pengunjung yang tidak menyangka menerima keberangkatan baginda pada kira-kira
pukul 6.45 pagi tadi.
Sultan Ibrahim juga memesan
santapan kegemaran baginda iaitu roti canai kari kambing dan ayam dan minuman
halia o ais.
Sebagai raja yang berjiwa
rakyat, Sultan Ibrahim juga turut berkenan meluangkan masa bersembang bersama
rakyat dan bergambar bersama pengunjung di restoran terbabit.
Baginda kemudiannya
berangkat pulang ke Istana Tanjung dengan memandu sendiri kenderaan pacuan
empat roda baginda selepas menghabiskan masa kira-kira 45 minit bersama rakyat.
Sumber : Berita Harian
No comments:
Post a Comment