Tak Bagi Laluan Pada Kereta Najib, Pengguna Facebook Ini Dipuji Netizens

Thursday, December 17, 2015


Tindakan individu itu bukan sahaja tidak mendapat kritikan bahkan berjaya meraih populariti segera disebabkan tidak memberi laluan kepada kereta perdana menteri Malaysia, Najib Razak.
Status yang telah dimuat naik di laman facebook milik Fadzil Khairi pada 15 Desember lalu telah mencecah perkongsian melebihi 3 ribu dan rata-rata nititzen memuji tindakan beliau dan mengucapkan tahniah.

Beliau mendakwa tindakan berkenaan adalah demi menyahut seruan menteri yang menyarankan rakyat supaya bangun pagi untuk elak toll dan jalan jem atau menggunakan pengangkutan awam.

Ini adalah apa yang telah dikongsi oleh beliau:

"Sy dalam perjalanan ke sri petaling utk 1 lg kelas personal coaching.
Tiba2 d belakang sy, ada beberapa buah superbike polis trafik yg memberi arahan kpd semua kereta ke tepi bg memberi laluan kpd vvip d belakangnya.
Sy dgn muka bodohnya buat bodoh dgn arahan polis trafik tersebut sehingga kereta vvip tersebut terpaksa memasuki lorong kanan sy. Sy melihat no plat, kereta rasmi pok jib rupanya.

Apa yg besnya, sy ingat sy sorang je x bg laluan, rupanya semua kereta dpn sy pn buat bodo dgn polis trafik tersebut sehingga polis itu kelihatan kalut x tau nak buat apa apabila kereta2 buat bodo xnak bg laluan.

Syabas rakyat malaysia, anda memperjuangkan hak anda. Kami x marah polis yg menjalankan tugas. Kami nak suh menteri amalkan apa yg menteri cakap hr tu je pd rakyat - kalu x nak bayar tol n elak jem, sila bangun pg.

** so menteri klu x nak ngadap jem, hangpa bangun pg atau balik keja lewat laa bhai... x pun naik pengangkutan awam.. kata berjiwa rakyat

*** x teringat plak nk snap gambar polis dan kereta pok jib tu yg kelihatan x tentu arah x dapat lolos dr jem... terpana dgn panorama yg jarang2 dpt dilihat ni."


Ditulis  semula untuk siaran OomediaNetwork.


Share

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015 The Cyber Post
Distributed By My Blogger Themes | Design By Herdiansyah Hamzah