Salih Yaacob Redha Lepaskan Isteri Kedua

Saturday, January 30, 2016

Nampaknya kini terdapat satu kekosongan lagi buat wanita di luar sana untuk menjadi isteri Salih Yaacob apabila pelawak dan juga pelakon serta penyampai radio ini mengakui sudah pun bercerai dengan isteri keduanya, Nor Raha Hamad selepas Aidilfitri tahun lalu.


Salleh Yaacob,55 mengatakan rumah tangga yang dibina retak dan porak peranda dek terkenangkan kisah lama apabila bekas isterinya itu mula menghubungi rakan lama di group whatssapp dan bertemu semula di majlis 'Reunion' sekolah mereka.

“Zaman Facebook, zaman khidmat pesanan ringkas (SMS) ini, orang suka sangat anjurkan sesi reunion dengan kawan-kawan sekolah. Mula-mula seronok sebab dapat imbau semula kenangan zaman sekolah, lelaki dan perempuan. Akhirnya, boleh jadi suka semula dengan kawan lama kita”

“Ini sangat bahaya sebab perkara ini boleh membawa kepada punca perceraian. Buktinya, itulah juga yang terjadi kepada saya dan isteri sehingga kami akhirnya berpisah. Selepas 23 tahun berkahwin, kami berpisah tidak lama selepas acara reunion sekolah dia”

Saleh yang tidak menafikan kewujudan orang ketiga dalam kes penceraiaannya itu memberitahu bekas isterinya itu telah pun berkhawin dengan lelaki tersebut sebaik sahaja tempoh edah habis pada penghujung 2015.

“Dia mula berubah sikap selepas bertemu semula dengan rakan-rakan lamanya semasa reunion dan ketika itu dia memberitahu yang dia sudah tawar hati dan mohon untuk dilepaskan. Oleh kerana hormat akan permintaan dia, maka saya menceraikan dia secara baik”

Memetik laporan Utusan Malaysia, Salleh redha melepaskan isteri keduanya itu kerana itu adalah kehendak darinya dan dia sendiri yang memilih cara itu.

“Saya reda melepaskan dia kerana itu yang dia pilih. Pada usia 47 tahun, dia minta cerai dan saya perlu tunaikan kerana tidak mahu berdosa,” ,” katanya.


Share

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015 The Cyber Post
Distributed By My Blogger Themes | Design By Herdiansyah Hamzah