KOTA
BHARU: Bukan saja Stadium Sultan Muhammad IV dihiasi dengan merah jambu, malah
penggunaan warna asas produk kecantikan Qu Puteh turut diterapkan di atas
padang.
Penaja utama pasukan Kelantan, Datuk Vida atau nama sebenarnya Dr Hasmiza Othman, berkata perkara
itu sudah dibincangkan dengan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA),
Tan Sri Annuar Musa untuk menggantikan jaring gol di stadium keramat itu dengan
warna merah jambu.
Hasmiza atau lebih dikenali Dr Vida berkata, beliau mahu
warna merah jambu lebih menonjol bukan sekadar pada stadium dan lampu, malah
turut diterapkan di atas padang selain dihiasi dengan jersi Pamoga Qu Puteh The
Red Warriors (PQPTRW).
Memetik laporan Berita Harian harini, Dr Vida berkata pihak KAFA telahpun bersetuju untuk mempertimbangkan permintaannya.
"Pihak KAFA sudah bersetuju untuk mempertimbangkan
permintaan saya itu kerana banyak lagi perkara perlu teliti untuk dicantikkan.
Saya mahu jaring gol berwarna merah jambu supaya nampak lebih 'striking'
ditambah pula dengan pancaran lampu 'Pamoga Qu Puteh'.
"Alang-alang kita
sudah tukar stadium dan jersi warna merah jambu, apa salahnya kita ganti jaring
gol kepada warna sama. Kita sudah lama mengguna jaring warna putih sama seperti
pasukan lain, jadi biarlah kita cuba tukar warna merah jambu pula.
"Saya
rasa tiada masalah dan tidak menjadi satu kesalahan. Sudah banyak pasukan luar
negara turut melakukan perkara sama dan ia ternyata memang sangat
menarik," ujarnya.
Beliau juga turut mengalu-alukan syarikat pembekal jaring
gawang gol di negara ini untuk mengemukakan senarai sebut harga kepada beliau
dengan segera memandangkan aksi Liga Super semakin hampir.
"Kita akan pertimbangkan
mana-mana pembekal yang tampil dengan sampel yang berkualiti dan berbaloi
dengan harganya. Kita perlu pasang sebelum perlawanan sepak mula," katanya.
No comments:
Post a Comment