Kebanayakan kita tentu tahu, apabila sesebuah mesin basuh sudah terlalu lama digunakan maka
ia akan meragam dan mulai rosak, termasuk mengeluarkan bunyi yang kuat walaupon masih boleh digunakan.
Bagi sesetengah orang yang belum
mampu untuk membaikpulih atau menukar kepada mesin basuh yang baru, mereka terpaksalah
pekakkan telinga dan harus bersabar sekejap terutama ketika pakaian berada dalam pengering.
Gambar Hiasan |
Namun, nasib malang buat seorang penduduk di sebuah taman perumahan di Kedah, mesin basuhnya yang
berbunyi kuat itu menimbulkan perasaan kurang senang jiran yang kemudian
bertindak menghantar nota kepadanya.
Nota yang
dihantarkan itu kalau dibaca amatlah sinis dan menghiris hati, terutamanya jika si
penerima bukan sengaja mahu mesin basuhnya itu berbunyi kuat tetapi kerana
belum cukup duit untuk membeli yang baru atau menghantarnya untuk dibaiki.
Nota yang dikirim itu beserta dengan
‘Jadual Membasuh Baju’ itu berbunyi:
“Saya
mewakili penduduk (lokasi) menasihatkan encik/puan agar memperbaiki mesin basuh
@ membeli mesin basuh baru kerana mesin basuh yang ada sekarang bunyinya
terlampau bising mengganggu kehidupan kami.
Tolong
hormati hak jiran sekeliling. Saya dan jiran sudah tidak sanggup mendengar
bunyi bising dari mesin basuh encik/puan.
Kami banyak
bersabar selama ini, tetapi kesabaran kami ada hadnya.
Sekiranya
encik/puan tidak mampu memperbaiki/membeli mesin basuh baru, tolong jangan
letak mesin basuh di luar rumah!!! Tolong letak mesin basuh di dalam rumah.
SILA IKUTI
JADUAL MEMBASUH BAJU
ISNIN
HINGGA KHAMIS – 8 PAGI HINGGA 4.30 PETANG SAHAJA
JUMAAT
SABTU DAN AHAD – TOLONG JANGAN MEMBASUH BAJU
BUNYI KUAT
MESIN BASUH MENGGANGGU KEHIDUPAN KAMI
KESABARAN
KAMI ADA HADNYA
TAHUN BARU
2016 SILA BELI MESIN BASUH BARU..”
Menurut
page Facebook Penang Kini, nota ini dikongsikan adik kepada si penerima
yang meluahkan perasaan terkilannya dengan cara yang dilakukan jiran di kawasan
perumahan kakaknya tinggal.
Menurutnya lagi, nota itu membuatkan kakaknya berasa sedih memandangkan dia terpaksa menggunakan
mesin basuh berbunyi kuat itu kerana kesempitan wang.
Berdasarkan
nota di atas, harus diakui penerimanya telah membuat silap apabila meletak
mesin basuh di luar rumah dan mungkin kadangkala membasuh baju di saat jirannya
tidak mahu diganggu bunyi bising tetapi ada cara nak menegur apatah lagi bila
hidup dalam satu kawasan kejiranan.
Kalau betul
wakil penduduk lain, tak perlulah hantar nota atau surat layang begini, kan
lebih baik bersemuka dan meluahkan perasaan kemudian nasihat cara baik.
Cara itu
lebih beradab serta melambangkan kita manusia yang tidak pentingkan diri
sendiri dan prihatin masalah orang lain. Lebih baik lagi, kalau penduduk
kawasan tersebut pakat-pakat kutip derma dan belikan jiran berkenaan mesin
basuh baru.
No comments:
Post a Comment