Kisah ini telah dikongsikan oleh pendakwah bebas, Ebit Lew di laman facebook miliknya, disini kami siarkan semula untuk tatapan pembaca agar dapat dijadikan pengajaran buat kita semua, InsyaAllah.
Hargailah
isteri yang mengandung, bersalin, menyusukan anak-anak kita, dan setia dan
sedia menerima kita sebagai suami dengan cinta..
Seorang
suami jumpa saya dan tengah marahkan isterinya kerana anak kecil baru 2 orang
tapi rumah dah tak terurus. Bersepah, rumah dan diri isteri serta anak-anak dah
tak terurus. Beliau pantang tengok benda macam tu katanya. Dia dah nekad takkan
balik selagi isterinya tak berubah.
Saya
kata padanya saya lihat seorang ibu di hospital buat fisioterapi kerana tangan
dan bahunya sakit dan ada masalah kerana lama dukung anak..Terkesan dan
termenung berfikir pengorbanan seorang wanita dan ibu. Ya Allah…
Cuba
saudaraku yang kukasihi ingat saat isteri kita melahirkan anak yang kita hampir
separuh nyawa mereka melayang. Sakit, perit, kesusahan mereka… Selepas itu kena
terus menyusukan anak. Dukung anak sedangkan diri sendiri baru melepasi
kesakitan paling dahsyat dalam dunia. Dulu 9 bulan bawa anak ke sana sini.
Tidur, makan , semuanya tidak sempurna. Nak bangun, duduk, pusing. Kepala,
pinggang, kaki, tangan, semuanya sakit..
Anak
keluar kena menyusukan anak 2 tahun. Anak bangun 2 jam sekali. Paling kurang
ambil masa 30 minit. Anak menyusu dan menyakitkan..itulah seorang ibu. Penat
dan kesabaran teramat tetapi ikhlas kerana Allah dan suamilah
kekuatannya..Kerana itu ringankanlah tugas isteri dan ibu anak-anak
kita…menangis lihat ibu tersengguk menyusukan anak kerana kepenatan. Masa bila
mereka tidur. Masa bila mereka berehat. Saya terus terang katakan saya memang
tiada kesabaran dan ketabahan seperti itu. Itulah sifat mulia wanita yang Allah
hadiahkan..
Kerana
itu kita suami wajib memudahkan segala urusan mereka dengan bersama-sama
membantu atau carikan pembantu rumah buat mereka. Ini rumah dan keluarga kita.
Bersma-sama membantu. Itulah Islam..
Menguruskan
rumahtangga dan ada yang bekerja. Allah. Sayangilah mereka. Semakin kita
disayangi Allah. Jika mereka jaga solat awal waktu, jaga aurat dan kita redha
dengan mereka syurgalah tempat mereka.
Hidup
ini bukan apa kita suka atau tidak. Tapi apa yang Allah mahu dari kita.
Bertolak ansur. Hargai isteri. Bangunkan mereka dengan agama. Takperlah kurnag
sikit bab lain tapi biar mereka masuk syurga. Itulah kasih yang sejati. Cinta
sebenarnya. Saya cakap ini kerana saya ingat ibu saya. Saya ingat isteri saya.
Saya ingat Rasulullah saw amat mengasihi isteri dan keluarganya..
Abang
tadi menangis. Katanya saya rasa macam tersedar. Saya stress agaknya. Betul tu
ustaz…
Tahniah
semua lelaki yang sedang mengasihi isteri. Menghormati mereka. Membantu mereka
dan memimpin tangan mereka ke syurga. Ingatlah ketika itu kita sedang mengikuti
jejak langkah Rasulullah SAW
Sumber : Ebit Lew, Ditulis semula untuk siaran Oomedianetwokrks
No comments:
Post a Comment