Tips Elak Pintu Rumah Dipecah Masuk Penyamun

Thursday, January 28, 2016

Banyak kes pecah rumah dan ada ahli keluarga dibunuh atau dirogol oleh perompak. Muhasabahkan diri kita. Adakah kita pernah mengabaikan tanggungjawab sebagai ketua dalam keluarga menentukan anak-anak dan isteri kita selamat ketika tidur waktu malam hari? Adakah kita pernah memastikan rumah kita selamat untuk ahli keluarga kita?

Dibawah ini adalah petua yang telah dikongsikan oleh Mariana Harrison di laman facebook peribadi beliau.

Ayah berikan nasihat ini kepada saya suatu masa dulu apabila saya berpindah ke rumah pangsapuri pertama saya. Ayah datang dan tukarkan skru untuk saya sebaik saja saya berpindah masuk. 

Ini adalah tips keselamatan yang anda tidak pernah terfikirkan. Kebanyakan kontraktor akan memasang plat tombol pintu dengan skru yang panjangnya setengah inci. Ini membolehkan pihak penyamun menendang pintu rumah anda dengan mudah sahaja. 

Ayah gantikan skru itu dengan panjang 4 inci agar si penyamun sukar nak menendang pintu rumah mangsanya. Memang boleh ditendang, tetapi ia akan mengambil masa yang lama dan juga tenaga yang banyak untuk berbuat demikian. Cara ini juga akan membuatkan si penyamun letih dan membatalkan niat jahat mereka. 

Lihat pada gambar perbandingan dua skru berkenaan. Dengan cara ini juga, tindakan penyamun menendang pintu rumah anda berkali-kali juga akan menimbulkan bunyi bising sebagai 'alarm' kepada diri anda dan juga jiran-jiran anda. Sekali gus pelan mereka akan gagal dan mereka akan beralih pula pada mangsa yang lain.



Share

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015 The Cyber Post
Distributed By My Blogger Themes | Design By Herdiansyah Hamzah