Dalam satu
gambar perkahwinan yang dimuat naik oleh Hafidz, beberapa peminat telah
memberikan komen negatif mengenai wajah isterinya, ada diantara mereka juga
mendakwa pasangan itu kelihatan tidak sepadan oleh kerana wajah isteri Hafidz
yang tidak begitu cantik.
Berang
dengan kutukan melampau dilaman sosial itu, beberapa selebriti tempatan seperti
Kamal Adli, Emma Maembong, Saharul Ridzwan dan Micheal Ang tampil membidas
kenyataan itu. Dilaman sosial itu juga dapat dilihat mereka saling berbalas
komen diantara satu sama lain.
Apa pun,
sebagai manusia kita tiada hak untuk menilai sesuatu kecantikan mahupun
keburukan seseorang kerana itu semuanya adalah ciptaan yang maha Esa. Tiada
satu pun yang sempurna didalam dunia ini, lebih-lebih lagi kita sebagai
manusia. Jadi tidak patutlah kita menghina wajah seseorang, jodoh dan ajal
semua ditentukan oleh Tuhan
No comments:
Post a Comment