Dikongsikan oleh Rosma Abdul Rahman melalui facebooknya. Dulu saya selalu guna pelembut pakain/softener berjenama agak mahal disebabkan
bau harumnya pada pakaian tahan agak lama. Selepas seminggu bau harum masih
ada.
Tetapi baru-baru ini saya teringat akan satu petua jiran lama
saya. Setiap kali lalu depan rumah dia dahulu , pasti tercium bau wangi sangat
bila dia sidai baju. Rumah saya tingkat 2 rumah dia ground floor tetapi bau
wangi pakaian dia boleh sampai ke rumah saya.
Jadi saya tergerak hati ingin mencuba petua tersebut sejak
kebelakangan ini. Petuanyaa sangat mudah & murah.
Sediakan air yang dicampur softener tidak kisah apa jenama ,
sekarang saya gunakan softener jenama murah je pun iaitu Daia, campuran softener
tadi pula ditambah dengan secawan kecil cuka makan. Atau untuk 4-5kg berat
pakaian, 30mls cuka makan.Gunalah la untuk bilasan akhir pakaian anda.
Hasilnya tersangat WOW!!!. Wangi dia tahan lama sangat, ditambah
pula pakaian jadi bertambah lembut dari biasa & mudah digosok. Walaupun
pakaian disimpan dalam almari wanginya tahan dekat 3 minggu.
Sampaikan pagi ni,
“Amoi!.” Jiran sebelah tegur
Terkejut saya bila tiba-tiba ditegur.
“Ada apa aunty?” Tanya saya
“Amoi you pakai sabun apa? “
“Banyak wangi lor.”
Saya pun cerita la petua jiran lama saya tu, dia cakap mahu try
la Amoi. Sudah lama mahu tanya tapi selalu Aunty lalu you sudah masuk rumah.
Siapa sangka bau wangi pakaian pun boleh merapatkan hubungan
sesama jiran tertangga, jiran saya majority cina di tempat baru ni.
Manfaat Cuka Pada Pakaian
1. Mencerahkan dan memutihkan.
Kandungan asam pada cuka putih memiliki tingkatan yang sedang
sehingga tidak merusak kain dan cukup kuat untuk menghilangkan noda sabun dan
deterjen. Setengah tutup cuka saja sudah mampu untuk membuat warna pakaian
menjadi lebih terang dan jelas. Selain itu kandungan ini juga mampu membuat
baju-baju yang kusam menjadi kembali putih warnanya.
2. Menghilangkan bau lembap.
Pakaian atau handuk yang belum kering secara sempurna cenderung
memiliki bau yang lembap dan dapat menimbulkan jamur. Untuk membuat baunya
menjadi segar kembali campuran air hangat dengan dua tutup cuka dapat
menghilangkan bau lembap secara cepat dan mudah.
3. Melembutkan pakaian.
Walaupun sudah terdapat berbagai macam pelembut dalam berbagai
merek yang beredar di pasaran tetapi cuka tetap dapat digunakan sebagai
pelembut yang alami. Setengah tutup dari cuka ketika mencuci dapat membuat kain
pakaian menjadi lembut dan tidak meninggalkan noda pada pakaian.
4. Mencegah debu dan bulu binatang menempel.
Penggunaan cuka ketika mencuci pakaian juga dapat mencegah
menempelnya debu-debu halus dan bulu-bulu hewan menempel pada kain. Cukup
setengah tutup yang dicampur ketika mencuci baju dapat mencegah munculnya
noda-noda yang tidak Anda inginkan.
No comments:
Post a Comment