Dalam
era perkembangan sains dan teknologi zaman ini, berbagai-bagai peralatan
baru dan canggih muncul bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Salah satu daripada peralatan
tersebut, yang dimiliki oleh kebanyakan orang pada masa kini ialah telefon
bimbit.
Gambar Hiasan |
Dan salah satu applikasi wajib dalam telefon pintar masa kini adalah aplikasi "Whatsapp" sebagai trend komunikasi terkini. Di masjid ketika mendengar khutbah Jumaat pun,
ada jemaah yang berbalas Whatsapp.
Apakah hukum membaca atau
membalas pesanan Whatsapp ketika khutbah?
Para
ulama berselisih pendapat tentang hukum bercakap ketika khutbah Jumaat.
Kebanyakan mengatakan hukumnya haram, namun mazhab Syafii mengatakan hukumnya
makruh. Kita disunatkan untuk diam dan mendengar khutbah dengan
tekun.
Rasulullah
bersabda: “Jika kamu berkata-kata kepada sahabatmu, ‘Diam!’, padahal imam
berkhutbah pada hari Jumaat, maka sesungguhnya kamu telah berkata yang lagha.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim).
Lagha dalam hadis ini
ertinya melakukan perkara yang dapat merosakkan kesempurnaan ibadah solat
Jumaatnya.
Membalas
pesanan Whatsapp termasuk dalam larangan bercakap-cakap
ketika khutbah. Ini kerana perbuatan tersebut melalaikan kita daripada memberi
tumpuan mendengar isi kandungan khutbah dengan khusyuk. Begitu juga membaca
risalah atau akhbar, atau membaca sesuatu dalam Facebook dan sebagainya. Semua
perbuatan ini sangat tidak bersesuaian dan hendaklah dihindarkan.
Justeru,
eloklah sekiranya para jemaah diingatkan agar mematikan telefon bimbit mereka
sebelum khutbah agar tidak merosakkan tumpuan mereka mendengar khutbah.
Wallahuaklam.
Rujukan:
Al-Ustaz 26:12 (WHATSAPP KETIKA KHUTBAH JUMAAT).
No comments:
Post a Comment