KUALA
LUMPUR: Hubungan rumah tangga pelakon Fasha Sandha, terlerai harini apabila sah bercerai talak satu dengan Rizal Ashram Ramli
atau Jejai, 39, di Mahkamah Tinggi Syariah di sini, sebentar tadi.
Fasha Sandha
atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, 32, tiba di mahkamah pada jam
2.15 petang, sambil ditemani peguam serta beberapa rakan.
Pasangan ini telah disatukan sebagai suami isteri pada 27 April 2012 lalu serta dikurniakan dua cahaya mata, Putra
Rayfal, 2, serta Putri Raysha Jemyma, 1.
Jejai sebelum ini pernah berkahwin dengan pelakon,
Nora Danish pada 20 Jun 2006 sebelum bercerai pada 10 Julai 2008. Hasil dari perkahwinan itu mereka dianugerahkan seorang anak lelaki, Putra Rayqal, yang kini berusia tujuh tahun.
Menurut sumber, pengesahan lafaz cerai itu
dilakukan di hadapan Hakim Syarie Muhammad Abdul Karim Wahab, ketika prosiding
tertutup dalam kamar. Jejai enggan memberikan sebarang komen ketika dihampiri
media.
Bagaimanapun, dia yang hadir bersama adik iparnya dilihat menangis
teresak-esak sebaik meninggalkan mahkamah.
No comments:
Post a Comment