'Henti Sebar Berita Palsu' - Keluarga adik Nur Amira

Wednesday, December 30, 2015


Kehilangan seorang gadis berusia 14 tahun bernama Nur Amira Atirah menjadi perbualan ramai selepas tersebarnya video dan berita di laman sosial facebook dan whatsapp sejak malam tadi.

Berdasarkan maklumat yang tersebar, lokasi terakhir gadis itu adalah di Bandar Baru Sultan Sulaiman, Klang.

Dalam masa yang sama, banyak khabar angin yang disebar netizen mengatakan mangsa telah ditemui di Johor, lebih kejam lagi ada yang mengatakan mangsa sudah dirogol dan dibunuh.

Ini mengundang kemarahan seorang pengguna facebook Hazi Aziey yang mendakwa salah seorang daripada keluarga mangsa, lanjutan daripada itu beliau telah memuat naik status di laman facebook miliknya lebih kurang jam 2 pagi tadi.



"Ya Allahhhh !! kenapa dorang ni kejam sangat2.. kenapa korang cakap adik aku mati kne bunuh lah, kne rogol lah, kes selesai lh ape lah!! Ape korang nk sebenarnye !! Tolong sangat tolong jangan percaya post2 bodoh macam ni!!! Aku mntak doakan dia selamat korang sibuk sebar fitnah cakap dia dah mati!! Sedangkan polis xbagi info apa2 lagi korang dah pandai2 nk buat cerita!! "


Beliau juga merayu agar orang ramai mendoakan mangsa ditemui dalam keadaaan selamat dan berhenti menyebarkan berita palsu yang boleh menyukarkan lagi urusan pencarian oleh pihak polis.


Pada masa ini anggota polis masih lagi dalam usaha gerakan mencari. Sama-sama kita doakan yang baik dan semoga adik Amira ditemui selamat.
Share

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015 The Cyber Post
Distributed By My Blogger Themes | Design By Herdiansyah Hamzah