Selepas tersingkir
pada minggu keempat didalam program nyanyian Gempak Superstar, Izreen
Azminda mengakui bahawa kritikan tajam dari para juri sedikit sebanyak
mengguris hati peserta.
Ditambah pula, dengan komen yang menghentam sekaligus
membuatkan mereka tertekan dan menganggu fikiran ketika membuat persembahan.
"Jujur saya katakan, kritikan yang begitu tajam
mengguris hati kami semua. Tambah-tambah lagi dengan nada menghentam, memang
kami akan rasa tertekan dan 'down'.
"Bila diberikan komen yang menghentam, mulalah saya rasa serba tak kena dan kadang-kadang ia mengganggu fikiran saya.
"Bila diberikan komen yang menghentam, mulalah saya rasa serba tak kena dan kadang-kadang ia mengganggu fikiran saya.
“Seperti kata Datuk
Ramli MS, kalau intonasi menegur itu okay, maka kami pun akan okaylah dengan
komen yang diberikan. Kerana bukan mudah hendak menghafal skrip lakonan, lirik
lagu dan step tarian dalam masa yang singkat. Kalau diberi tugasan yang sama
kepada penyanyi sebenar pun saya tak rasa mereka dapat lakukannya”
“Juri sepatutnya
lebih memahami dengan situasi yang berlaku di mana masa untuk sesi latihan
adalah tidak mencukupi. Saya tak kisah kalau mahu kata persembahan saya buruk
atau seperti funfair, tak apa. Sebenarnya saya memang tak kisah cuma saya rasa
juri harus faham bahawa masa latihan itu tidak cukup,” katanya kepada Astro
Gempak.
Tambahnya Izreen
lagi, jika tugasan yang sama diberikan kepada mereka yang sudah berpengalaman
pun belum tentu mereka dapat melakukannya dengan sempurna. Cuma apa yang
diharapkan pelakon itu adalah pihak juri lebih memahami situasi para peserta
yang kesuntukan masa untuk berlatih sebelum bertindak menghentam.
Walaubagaimana pun,
bagi Izreen, beliau sudah memberikan persembahan yang terbaik pada malam
tersebut namun mungkin rezekinya sampai disini sahaja. Minggu lalu menyaksikan
dua penyingkiran telah berlaku iaitu Izreen Azminda yang mendapat undian
sebanyak 33 peratus manakala Raja Ilya memperoleh 32 peratus.
Izreen dan Raja Ilya diumumkan sebagai pesera tersingkir di
minggu keempat Gempak Superstar dengan peratusan undian sebanyak 33 peratus
manakala Raja Ilya pula 32 peratus.
No comments:
Post a Comment