Semalam, viral satu tweet tentang perempuan ni
tak pandai berdikari. Pergi klinik pun suami kena temankan. Di sini, saya ingin
berkongsi pendapat saya tentang 'Kenapa suami perlu temani isteri ketika ke
klinik kesihatan atau sewaktu dengannya'. Ia mungkin tidak sama dengan
pengalaman anda. Namun, saya hanya berkongsi.
1. Isteri
membawa anak selain anak yang dikandung. Kasihan kepada mereka perlu mengawal anak-anak
yang lain. Anak-anak masih lagi ingin bermain dan tidak akan melekat
semata-mata di kerusi. Ia boleh mengakibatkan si isteri terpaksa mengawasi
anak-anak di samping mata dan telinga tidak lepas pandang dari menunggu nombor
dipanggil.
2. Kembali
kepada tanggungjawab. Memeriksa kandungan, bukan hanya sekadar tanggungjawab
isteri. Si suami juga harus bertanggungjawab untuk mengetahui perihal
kandungan. Perihal kesihatan antara ibu dan anak. Bukan sekadar pandai membuat
anak dan melepaskan sahaja tanggungjawab sambil menunggu kelahiran.
3. Isteri
yang mengandung, kebiasaannya akan kerap ke tandas. Mereka perlu membawa beg
tangan yang besar gedabang, buku rekod kesihatan, ditambah dengan anak-anak
yang dipangku. Takkan perlu bawa kesemuanya dalam tandas. Tandas di klinik pun
bukan semua macam tandas di rumah. Ia adalah tandas awam. Tali tarik pam air
pun kadang-kadang boleh tiada.
4. Ia
adalah bukti kasih-sayang dan cinta seorang suami kepada isteri. Biar suami
saksikan sendiri betapa seksanya untuk menjalani pemeriksaan, rawatan,
kandungan, anak-anak yang perlu diperhatikan jika ada demam dan sakit. Supaya
suami lebih menghargai penat-lelah isteri yang berkorban masa, jiwa dan tenaga
dalam menghadapi kesemua perkara rutin di atas.
5. Bukan
semua klinik kesihatan mempunyai ruangan parkir yang mencukupi. Ada yang perlu
memarkir sejauh 1km untuk mencari ruangan parkir yang sesuai dan tidak
mengganggu lalulintas. Bayangkan membawa kandungan atau anak-anak kecil dalam
kepanasan tengahari dan berjalan sejauh 1km atau lebih? maka, suamilah yang
berhak untuk menghantar dan mencari parkir lalu menemani isteri di dalam
ruangan menunggu atau boleh sahaja menunggu di dalam kereta asal suami ada
dalam memberi kekuatan dan sokongan kepada isteri.
6.
Anak-anak ada yang lapar semasa menunggu. Kau tak boleh sangka datang pukul 10
pagi, pukul 10.05 minit dah siap. Kadang-kadang ada yang terpaksa menunggu
hingga jam 4 petang. Lebih-lebih lagi ketika peak hour. Maka, si suamilah yang
harus berkejar membeli makanan sekurang-kurangnya sekeping nugget yang biasanya
ada dijual di ruangan luar klinik untuk diberi kepada anak-anak yang kelaparan.
Ah! Emak pun lapar juga tu.
7. Bukan
semua isteri ada belajar tentang ilmu sains dan rumahtangga. Atau alam dan manusia.
Mereka juga kadang-kadang buntu tentang istilah-istilah sains dan perubatan
yang mengelirukan. Suami berguna untuk mencatat, kalau sempat google, atau
mengingati apa sahaja yang dimaklumkan oleh doktor kepada isteri anda. Bonus
jika anda sendiri tahu tentang pelbagai istilah tersebut.
8. Suami
sendiri baca facebook 2,3 kali scroll ke bawah dan akan tekan home atau kembali
kepada news feed walaupun kadang-kadang bukan ada update terbaru dari
rakan-rakan facebook. Namun, tetap tangan itu menekan button news feed. Jadi,
apa salahnya anda temani isteri anda untuk kesekian kalinya walau anda
menganggap ia adalah pekerjaan yang membosankan. Sama juga macam tekan button
news feed. Malahan pekerjaan ini lebih jauh berharga dan bakal mendapat
ganjaran daripada Ilahi.
9. Masuk
berjumpa doktor atau jururawat yang mempunyai saiz bilik tidak lebih dari
10'x10' menyebabkan anda tidak dapat masuk ramai ke dalam bilik tersebut. Di
sini fungsi seorang suami yang perlu menjaga anak-anak lain di luar bilik
tersebut. Kalau ada 5 orang anak? Mau jadi taman permainan kanak-kanak dalam
bilik doktor.
10. Kata
lautan api sanggup ku renangi? takkan pergi klinik kesihatan pun mengeluh bang?
ikhlas,
Lutfi Lokman
Suami kepada isteri nan satu dan baharu balik dari klinik kesihatan tadi. Ditulis semula untuk siaran oomedianetworks.
Suami kepada isteri nan satu dan baharu balik dari klinik kesihatan tadi. Ditulis semula untuk siaran oomedianetworks.
No comments:
Post a Comment