Mengikut pakar ekonomi, mulai tahun 2015 ekonomi dijangka akan
mula gawat. Ini mendatangkan keresahan dan banyak bisnes sudah membuat
persediaan seperti mengurangkan bajet latihan, perjalanan dan corporate gifts,
menangguhkan pembelian besar, mengurangkan pengambilan pekerja baru dan
menawarkan skim pemberhentian kerja kepada sesetengah pekerjanya.
Hal ini
berlaku disebabkan oleh banyak faktor-faktor di luar kawalan kita sebagai
rakyat biasa seperti penurunan harga minyak, kejatuhan nilai mata wang ringgit dan
hutang negara yang berterusan. Jadi apakah yang boleh kita lakukan untuk
menyiapkan diri dan keluarga menghadapi situasi ini?
Kami menjangkakan akan ramai mula membuat pendapatan sampingan
disebabkan kekangan kewangan.
Berikut adalah 21 idea bisnes yang kalis gawat dan meningkat
naik ketika kegawatan ekonomi berlaku.
1.Baik pulih (repairing)
Ketika kegawatan, ramai orang akan mengurangkan pembelian untuk
menjimatkan duit. Disebabkan perkara ini, ramai akan mula menghantar barangan
mereka untuk diperbaiki apabila mengalami kerosakan. Tukang kasut akan menerima
lebih banyak kasut-kasut mahal untuk diperbaiki, kerana orang-orang kaya tidak
membeli kasut baru. Mekanik juga akan menerima lebih banyak permintaan untuk
baik pulih kenderaan.
2. Bahan makanan keperluan
Bisnes makanan keperluan adalah bisnes kalis gawat. Ketika
kegawatan ekonomi, semakin ramai akan mula masak di rumah, maka permintaan
bahan mentah akan meningkat. Permintaan telur akan meningkat sebagai makanan
ganti kepada ikan, ayam dan daging yang lebih mahal. Semakin ramai ibu-ibu akan
membelifrench fries sejuk beku untuk memenuhi permintaan anak-anak
yang sudah terbiasa dengan makanan segera. Oleh kerana ramai ibu-ibu akan masak
di rumah, website resipi juga akan menerima lebih ramai pengunjung.
3. Keagamaan
Semasa musim gawat, manusia akan mencari ketenangan melalui
agama. Kelas-kelas, ceramah dan buku-buku agama dijangka menerima sambutan
hangat ketika kegawatan.
4. Aktiviti DIY
Lebih ramai akan menanam bunga, buah-buahan dan sayur-sayuran
sendiri. Permintaan untuk barangan bercucuk tanam seperti pasu, tanah, benih
pokok, dan baja akan naik. Lebih ramai akan mula menjahit pakaian sendiri,
permintaan barangan menjahit seperti kain, benang dan mesin jahit juga akan
naik. Aktiviti memasak di rumah juga akan naik, memberi kesan kepada permintaan
ketuhar, alatan membuat kek dan biskut, dan periuk. Jualan alat untuk
kerja pembaikan sendiri di rumah seperti paku dan skru-drebar juga akan naik.
5. Percutian tempatan
Aktiviti percutian luar negara akan mengalami penurunan, dan
percutian tempatan akan meningkat. Permintaan penginapan bajet seperti guest
house,homestay dan hotel 3 tingkat akan meningkat.
6. Reposession
7. Kedai barangan terpakai
8. Hiburan murah
9. Bisnes berasaskan matawang USD
Disebabkan nilai mata wang Ringgit yang merosot, kita akan
menerima lebih RM apabila mendapat USD1. Barangan dalam negara tidak banyak
berbeza dalam sebulan dua, begitu juga harga hartanah, menjadikan fenomena ini
sesuatu yang dipanggil ‘blessing in disguise’ atau kebaikan dalam keburukan.
Anda boleh bermula dengan modal minima melalui pemasaran affiliate, pengiklanan
atau menulis dan menjualnya semula di Clickbank.
No comments:
Post a Comment