Zaman
sekarang ni,sudah banyak hospital yang membenarkan suami menemani isteri
bersalin. Tapi, sejauh mana kewajaran situasi ini?
Apa
kebaikan-kebaikan yang boleh diperolehi?
1. Meredakan debaran di hati
isteri
Saat-saat ingin melahirkan anak mestilah saat yang mendebarkan, bukan
isteri sahaja yang berdebar, malah suami juga. Kehadiran suami di sisi isteri
dapat meredakan debaran yang dirasai isteri. Jadi, sama-sama dapat meredakan
debaran antara satu sama lain.
2.
Meredakan kesakitan isteri
Kehadiran
suami di sisi juga dapat meredakan kesakitan yang ditanggung oleh isteri
walaupun hanya sekadar mengusap belakang isteri ketika kontraksi atau sekadar
memberi kata-kata perangsang.
3.
Menimbulkan keinsafan di hati suami
Secara
tak langsung, boleh timbul keinsafan kepada suami apabila melihat kesakitan
yang ditanggung oleh isteri dalam usaha memberikan zuriat yang diinginkan.
4.
Lebih menyayangi dan menghargai isteri
Apabila
melihat betapa susahnya isteri melahirkan anak, bertarung nyawa dan menanggung
segala kesakitan, boleh memberi keinsafan kepada suami untuk lebih menyayangi
dan menghargai isteri. Hargailah isteri anda, wahai sang suami.
5.
Lebih menghargai keluarga
Melihat
proses bersalin, boleh membuatkan kita lebih menghargai keluarga, bukan setakat
kepada isteri dan anak-anak, malah juga kepada ibu yang melahirkan kita.
Seperti mana kesakitan yang ditanggung oleh isteri, begitu jugalah kesakitan
yang ditanggung oleh ibu saat melahirkan kita.
Bagaimana
suami boleh membantu, jika takut melihat darah?
Suami
yang takut melihat darah, masih boleh menemani isteri pada peringkat awal
(tahap pertama proses kelahiran). Pada tahap ini, isteri akan mengalami
kontraksi yang lebih kerap.
Suami
boleh membantu dengan cara:
-
Memegang tangan isteri untuk menenteramkannya
-
Mengurut bahagian belakang isteri untuk mengurangkan kesakitan
-
Mengelap muka isteri apabila berpeluh
-
Membasahkan bibir dengan air atau ketulan ais serta beri air kepada isteri
No comments:
Post a Comment