Tips ini dikongsikan oleh Raisul
Fadhla Safiruddin di laman facebook miliknya dan telah mendapat perkongsian lebih dari 22 ribu di media sosial , Boleh dikatakan apa yang menariknya tips sebegini ialah , ia sangat berguna
untuk dijadikan rujukan sebelum pergi ke Cameron Highlands.
Jom baca sama-sama.
Tips
ini saya perolehi daripada Puan Fadillah Nur. Dan saya tuliskan semula di sini
untuk rujukan saya. Mudah-mudahan sedikit sebanyak ada manfaat untuk
rakan-rakan yang membaca. Antara tipsnya adalah seperti berikut:
1 1. Seeloknya pergi bukan
pada musim cuti sekolah atau cuti perayaan. Kenapa?
+
harga jualan produk berlipat ganda daripada harga asal
+ sukar untuk dapat parking kereta
+ kebanyakan hotel penuh dan harga juga lebih mahal
+ kurang privasi
+ sukar untuk dapat parking kereta
+ kebanyakan hotel penuh dan harga juga lebih mahal
+ kurang privasi
2. Beli buah, sayuran, teh, buah tangan di kawasan S Corner
Jika
anda mahu membeli buah, sayuran, teh dan lain-lain sebagai buah tangan, belilah
di kawasan S corner. Ada sign board S Corner sebelum menuruni bukit di situ. Di
sini berderetan kedai dan gerai yang sangat murah berbanding di tempat-tempat
lain seluruh Cameron Highlands.
Anda
boleh dapat buah strawberi yang besar dan manis sebanyak 5 pek dengan harga
semurah RM10 berbanding jika anda beli di kawasan lain, mungkin hanya 3 pek dengan
harga RM10.
Anda
boleh beli teh uncang dengan harga RM5 sekotak. Kalau beli banyak, boleh dapat
murah lagi jika anda bijak mengayat. Puan Fadillah Nur pernah beli 20 kotak teh
uncang dengan harga RM100, kemudian dapat percuma sekotak strawberry white
coffe.
Sayuran
segar dan gemuk di sini cuma RM10 bagi 8 pek yang anda boleh pilih.
3. Nak makan kenyang dan
lauk sedap? Cari kedai Kak Yam
Kalau
mahu makan nasi berlauk dengan porsi (portion) yang kenyang, lauk yang sedap,
harga yang memuaskan, cari di Tanah Rata. Berdekatan sebelah terminal bas
Cameron. Nama kedai Kak Yam, ada banner yang besar boleh nampak.
4.
Hotel budget? Ada berhampiran Kedai Kak Yam
Cari
hotel di sekitar tanah rata. Berhampiran kedai makan Kak Yam itu juga. Park
kereta dulu, kemudian jalan kaki untuk buat survey. Biasanya backpackers suka
menginap di hotel seperti itu.
Kalau
datang bersama anak-anak kecil, ada bilik yang sesuai pada kadar harga RM80
dengan kemudahan yang baik.
No comments:
Post a Comment