Kedengarannya
seperti tidak masuk akal tetapi ia berdasarkan kajian yang diterbitkan dalam The
Federation of American Societies for Experimental Biology Journal (FASEB).
Ayah
yang mempunyai masalah kegemukan cenderung mewariskan masalah tersebut kepada
anak perempuannya termasuk risiko penyakit diabetes ketika dewasa.
Tahukah
anda, berat badan seorang lelaki semasa proses ovulasi akan mempengaruhi genetik
bayinya, terutama jika anak yang bakal lahir adalah perempuan.
Sebelum
ini kita sering diberitahu tentang bagaimana keadaan kesihatan ibu sebelum
merancang kehamilan dan sebaik hamil memberi pengaruh terhadap tahap kesihatan
anak yang bakal lahir. Sebenarnya hal yang sama juga berlaku kepada bakal ayah.
Oleh
itu seeloknya bakal ayah menjaga kesihatan tubuh badannya kerana tanpa disedari
ia mempengaruhi kesihatan tubuh badan anak perempuannya kelak.
Jadi, ayah semua
pastikan anda menjaga kesihatan tubuh badan terutama berat badan kerana
anda bukan hanya perlu memikirkan kesihatan diri sendiri tetapi anak-anak yang
bakal lahir.
Sumber: PaMa
No comments:
Post a Comment