Ugut Bom Rumah PM, Jurutera Diburu Polis

Friday, February 5, 2016

KUALA LUMPUR: Gara-gara ugutan yang dibuat ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, seorang pengguna media sosial kini diburu Polis Diraja Malaysia.



Menurut laporan Harian Metro, 
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Sri Noor Rashid Ibrahim
berkata, pihak polis memandang serius ugutan terbabit dan sedang menyiasat kesahihan akaun Facebook yang digunakan pengguna terbabit.

Menurutnya lagi, pihak polis kini sedang mengesan pemilik akaun tersebut untuk siasatan lanjut sebelum didakwa.

"Saya ingin mengingatkan kepada masyrakat supaya tidak bercakap sesuka hati kerana boleh mendatangkan masalah kemudian hari.

"Individu ini akan didakwa selepas polis mengenal pasti pemilik akaun yang memuatnaik status berunsur ugutan berkenaan," katanya sebagaimana lapor Harian Metro.

Dalam status yang dimuat naik ke Facebook semalam, individu berkenaan mengugut mahu mengebom kediaman Najib pada hari Sabtu ini (esok).

Mstar Online pula melaporkan, aktivis Mohd Ali Baharum atau Ali Tinju, telah membuat laporan polis berhubung ugutan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah ( IPD ) Dang Wangi pagi tadi.

Siasatan awal ke atas pemilik akaun Facebook itu menunjukkan dia menetap di Shah Alam, bertugas sebagai jurutera dan sudah berkahwin.



Share

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015 The Cyber Post
Distributed By My Blogger Themes | Design By Herdiansyah Hamzah