JASIN -
Seorang murid perempuan tahun satu ditemui mati selepas
dipercayai terjatuh ke dalam lubang kumbahan najis dalam kawasan Sekolah Rendah
Agama JAIM Parit Penghulu Benteng, Sungai Rambai, di sini, hari ini.
Difahamkan,
kanak-kanak terbabit dipercayai terjatuh ke dalam salah satu daripada empat lubang
najis kumbahan sedalam kira-kira 3.6 meter ketika bermain dengan beberapa
rakannya pada waktu rehat kira-kira jam 4.45 petang.
Ketua
Balai Bomba dan Penyelamat Merlimau, Penolong Penguasa Bomba Masri Ibrahim
berkata, seramai lapan termasuk satu pegawai bergegas ke lokasi selepas
menerima panggilan jam 4.53 petang dan sampai 18 minit kemudian.
“Sebaik
sahaja sampai, kita dapati keempat-empat lubang kumbahan dihubungkan dalam satu
tangki besar yang dipenuhi air najis sedalam kira-kira 12 kaki.
"Sebaik
operasi menyedut air dilakukan, anggota bomba mula memasuki ke dalam tangki
sebelum menemui mangsa tidak sampai seminit,” katanya di sini, hari ini.
Menurut
Masri, mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia oleh pembantu perubatan
Klinik Kesihatan Merlimau dan dibawa ke Hospital Muar untuk dibedah siasat.
Sementara
itu, seorang wanita yang enggan dikenali berkata, kejadian diketahui semasa
seorang murid memberitahu guru besar yang berada di kantin bersama guru dan
murid lain.
“Murid tu
kata: 'Cikgu, ada budak masuk air’. Bila ditanya lanjut murid tu beritahu budak
berkenaan masuk dalam lubang kumbahan di belakang sekolah sebelum semua
bergegas ke situ.
"Lubang
ini sebelum ini ditutup dengan fiber (gentian kaca) dan kawasan ini tidak
berpagar,” katanya ketika ditemui, di sini.
Ketua
Polis Jasin, Deputi Superintendan Sampornak Ismail ketika dihubungi mengesahkan
kejadian dan berkata kes diklafikasikan sebagai mati mengejut.
No comments:
Post a Comment