Kenapa Orang Berjaya Pakai Baju Sama Setiap Hari?

Tuesday, February 2, 2016

Secara jujurnya mungkin kita perasan orang yang berjaya dalam bisnes atau pekerjaaan yang mereka lakukan itu sentiasa berpakaian yang sama pada setiap hari.


Contoh paling dekat ialah Mark Zuckerberg (CEO Facebook) sentiasa memakai baju-t bewarna kelabu dipadankan dengan seluar jeans, Steve Jobs (bekas CEO Apple) dengan baju turtleneck warna hitam dipadankan dengan jeans.


Manakala Karl Lagerfeld (ketua pereka fesyen di Chanel & Fendi) yang sentiasa dengan suit hitamnya ke mana-mana majlis atau tempat mereka pergi.

Ramai mungkin tidak tahu mengapa mereka ini selalu sahaja dengan pakaian yang sama di setiap majlis yang mereka hadiri. Tidakkah mereka berasa bosan dengan outfitmereka yang sama setiap masa?




Sebenarnya ada 8 sebab untuk menjawab persoalan-persoalan ini.

1. Memudahkan pilihan pakaian

Setiap pagi, kita mesti mempunyai masalah what to wear. Walaupun dalam almari kita itu ada pelbagai jenis pakaian dan pilihan warna, kita tetap mempunyai masalah ini. Itu perkara pertama orang berjaya ingin hapuskan. Mereka punya banyak perkara lain ingin difikirkan. Jadi isu apa nak pakai hari ini dapat dihapuskan.

Pakar fizik terkemuka dunia, Albert Einstein dikhabarkan membeli beberapa suit bewarna kelabu untuk dijadikan pakaian harian kerana dia tidak mahu serabutkan kepalanya dengan masalah pakaian. Jadi dengan adanya warna tema atau warna trademark untuk anda, kekalkan warna tersebut supaya ia menjadi identiti anda.

2. Menjimatkan masa

Jika kita sudah tahu apa yang hendak dipakai pada hari esok, secara tidak langsung kita dapat menjimatkan masa bersiap kita. Tidak perlu terhegeh-hegeh untuk mencari baju apa nak dipakai pada hari esok. Pepatah mengatakan masa itu emas dan ya, orang berjaya memang memanfaatkan masa mereka dengan sebaik mungkin.

3. Mengurangkan stress

Ya, memilih pakaian untuk dipakai memang stress. Apabila kita ke sesuatu majlis, banyak perkara yang akan difikirkan nanti. Adakah baju ini terlalu formal? Adakah baju ini kena dengan tema? Adakah skirt ini terlalu singkat? Tetapi persoalan ini dapat diatasi sebab apabila kita sudah mempunyai uniform tersendiri, kita sudah tidak akan fikir tentang perkara-perkara ini.

4. Mengurangkan penggunaan tenaga

Jika kita mempunyai almari yang penuh dengan pakaian, kita perlu sentiasa mengemas dan menyusun pakaian kita. Pengarah filem ternama Hollywood, Christopher Nolan pernah mengeluarkan kenyataan ini di New York Times Magazine: “Ianya memenatkan untuk memilih pakaian yang hendak dipakai setiap hari.”

5. Lebih mudah dan tersusun

Mudah, versatile dan sentiasa kena pada waktunya. Disebabkan ini fesyen minimalistini makin mempunyai pengikut. Semuanya sudah tersedia dan tidak perlu pening kepala.


6. Identiti dan ikonik

Anda akan dikenali dengan pakaian anda. Kita lihat contoh Karl Lagerfeld. Pereka fesyen ini menjadikan suit hitam miliknya sebagai ikon dalam fesyen. Uniform anda itu perlahan-lahan akan menjadi identiti anda.

7. Mengelakkan pembaziran

Pembaziran berlaku apabila anda membeli pakaian yang anda tidak perlukan. Tidak semua pakaian yang anda beli akan sesuai untuk anda pakai untuk pergi bekerja. Jadi dengan adanya uniform anda, anda pastinya tidak akan beli pakaian yang keluar dari kod warna atau tema anda. Bagus kan?

8. Selesa

Faktor paling penting. Pakai pakaian yang buat anda selesa. Jangan serabutkan almari anda dengan pakaian yang tidak perlu. Apabila kita berada dalam keadaan yang selesa, maka di situ produktiviti kita akan bertambah.



Share

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015 The Cyber Post
Distributed By My Blogger Themes | Design By Herdiansyah Hamzah