Cara Menulis Dan Berkongsi Cerita Di Media Sosial

Monday, February 1, 2016

Media sosial adalah sebuah media online, dengan menggunakannya kita dapat berhubung dengan kenalan lama, berkongsi cerita/pendapat dan sebagainya.

Pada hari ini, ramai yang suka menulis dan berkongsi cerita di media sosial tapi kadang kala apa yang ditulis boleh menyebabkan pergaduhan dan bertekak dengan kawan-kawan di alam maya itu sendiri.



Disini kami kongsikan sedikit tip cara bersosial untuk menjaga keharmonian di alam maya ni:
1. Tulis post dan komen dengan ejaan yang betul (Rumi) dan bukan bahasa pasar.
Menulis dengan ejaan yang betul akan mengelak dari salah faham, silap baca silap fikir, salah sangka dan kesalahan-kesalahan lain, nanti jadi macam isu Kimk.
2. Ulas sesuatu isu selepas siasat dan kaji
Buat kajian dan siasatan terhadap satu-satu isu dengan membaca lebih dari satu sumber. Barulah buat ulasan sebaiknya.
3. Post hal-hal peribadi dengan ada had dan limitasi
Elakkan mengemaskini hal-hal peribadi terlalu kerap. Hadkan supaya tidak berlaku sebarang perkara yang tidak diingini.
4. Kawal emosi saat membaca berita trending atau viral
Relaks dan cool semasa membaca. Kemudian :
• Siasat dahulu.
• Baca dengan rasional
• Jika sesuai, kongsi. Jika tidak, terus tinggalkan.
5. Kenali rakan-rakan yang rajin kemaskini posting, suka like dan komen
Beri mereka perhatian lebih. Rakan-rakan ini biasanya orang yang sama. Sungguhpun begitu, mereka tidak akan komen berlebih-lebih. Tetapi kita boleh kenal yang mereka ini sangat banyak beri input positif dalam komen. Beri mereka perhatian dengan melihat post-post mereka juga.
6. Raikan pandangan, cadangan dan penambahbaikan dalam satu-satu post
Raikan pandangan dengan klik like, komen terima kasih dan menyatakan kesetujuan.
7. Elakkan bergurau untuk post berkaitan fakta atau maklumat
Elakkan bergurau dengan post yang sedang memberi maklumat atau fakta. Ia tidak lawak okay.
8. Post Bergurau
Elakkan beremosi. Jika post gurauan, elak pula beremosi. Tetapi hati-hati kawan, nak bergurau juga ada batas.
9. Hormati privasi dengan soalan-soalan yang tidak diperlukan / tidak ada kaitan dengan post
Kenali pemilik posting. Jika dia sudah berkahwin, elakkan komen mengenai hal-hal sensitiviti perkahwinan. Begitu juga dengan hal-hal yang masih bujang dan sebagainya. Komen yang ada kena mengena dengan post sahaja.
10. Elakkan terlalu over atau kerap memberi komen.
Jangan nak komen kat semua post dia. Anda akan jadi manusia yang pelik dan mula rasa ada secret admire.

Share

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015 The Cyber Post
Distributed By My Blogger Themes | Design By Herdiansyah Hamzah