Pelajar Malaysia Dedah Pengalaman Jadi "Bangla" Di Australia

Tuesday, February 23, 2016

Kisah ini telah dikongsikan oleh seorang pelajar Malaysia yang telah bekerja di Kilang Cherry, Melbourne, Australia, semasa cuti musim panas. Jom kita lihat cerita beliau.


BANGLA,

Kenapa bangla di malaysia ni rajin and sanggup buat semua kerja? Aku nak bagi pendapat sikit la kenapa jangan compare bangla yg dtg kerja di malaysia dgn rakyat malaysia macam kita ni. Aku dah penah jadi pun "bangla" di negara orang, yes, sebijik macam bangla kat sini, macamana bangla kat sini, macamtu la aku kat melbourne dulu. Meh nak story sikit macamana aku jadi "bangla" kat sana biar orang boleh imagine.

Aku kerja kilang cherry di melbourne, australia. Kerja aku start pukul 8 pagi, habis pukul 8 malam, kadang2 habis pukul 10 malam pun ada, depends pada order, average kerja 10-14 jam sehari..Kerja aku hari-hari, 7 kali seminggu, 30 hari sebulan, weekends pun kerja takde cuti sabtu ahad, kalau dah sakit sangat sampai rasa tak boleh gerak langsung baru mintak kat bos ckp nak cuti rehat sehari, and nasib2 kalau buah habis or order tak banyak tiba2 dapat la off day sehari dua, so daripada kerja 30 hari sebulan jadi la 27-28 hari sebulan. Aku tahan kerja selama 3 tahun cuti summer berturut-turut, setiap tahun aku look forward untuk kerja ni.

Tempat kerja aku jauh, sangat jauh dari bandar tempat kebanyakan student duduk, aku terpaksa drive sejam lebih untuk pergi dan balik, so waktu perjalanan aku dalam kereta je dah habis 3 jam sehari pergi balik kerja, kerja aku start pukul 8 pagi tapi pukul 6.30 pagi aku dah kena keluar. Balik rumah malam sampai rumah pukul 10-11 malam. So kau imagine kau pergi kerja hari2 macam "bangla" ni kau drive dari kl ke seremban, HARI-HARI.

Nak tau kerja aku buat apa? Buat macam2 benda daripada semudah asingkan cherry cantik dan cherry busuk, sampai la ke angkat kotak-kotak 10 kilo and susun atas pallet non stop selama 10-14 jam.

Most of the time kerja aku angkat kotak cherry 10 kilo dari conveyor belt dan susun atas pallet sampai penuh, NON-STOP.. Lama mana aku angkat? 2-3 jam non-stop, rehat kejap 10 minit, sambung balik 2-3 jam non-stop, rehat kejap lunch 45 minit, 2-3 jam lagi non-stop, rehat kejap 15 minit, 2-3 jam, rehat kejap lagi, 2-3 jam lagi sambung, non stop and ulang2 sampai la malam. EVERYDAY. Lepastu balik tidur 5 jam je, bangun pagi sambung lagi routine yg sama. Sebab sampai rumah pukul 11 malam, esok pagi pukul 5.30 dah kena bangun.

Nak imagine macamana beratnya kerja tu? Kau pernah pegi gym? Kalau tak pernah, pegi gym sekarang try. Kau angkat weight plate 10 kg tu, angkat and jalan sikit then susun atas pallet, susun start daripada bawah sampai kau kena bongkok and sampai la susunan tu setinggi 6-7 kaki. YES, 6-7 kaki. Lagi tinggi daripada tinggi kau? Macamana nak susun tinggi tu? Lompat la and campak sikit.. Ulang2 NON-STOP selama 12 jam. 1 hari kau try susun berpuluh2 pallet. And kau tidur 5 jam je, bangun pagi kau drive dari kl sampai Seremban, and sambung balik benda sama.

Aku tak merungut pun masa tu, aku buat je apa yg bos suruh, sampai la kena berlari-lari 1 kilang kena buat macam-macam, kena bawak Forklift pegi coldroom belakang susun pallet yg dah ready, bawak naik lori, kena lari pegi depan tolong pekerja depan sebab buah banyak tapi kakitangan tak cukup, kena kawal machine pack buah, tiba2 kena sapu and mop lantai sebab kotor, tiba2 kena kutip cherry atas lantai, tiba2 kena naik atas lipat kotak2 cherry sebab tak cukup org, tiba2 kena angkat pallet yang berat tu sebab pallet tak cukup, tiba2 kena macam2 la.

Kenapa aku tak merungut? Sebab bayaran aku lumayan, aku dibayar 22 dollar sejam, 1 hari kerja lebih kurang 10-14 jam, bersamaan around lebih kurang 260 dollar +- sehari..bersamaan kalau convert duit malaysia aku dapat dalam RM700-800 SEHARI, sebulan gaji aku kalau convert duit malaysia around RM15,000-18,000. Kenapa aku tak merungut? Sebab gaji aku lagi besar daripada gaji doctors, lecturers and engineers kat malaysia ni, walaupun terpaksa jadi "bangla".

Gambar Hiasan, Ehsan Google 
Bos tempat kerja aku memang suka ambik pekerja student malaysia, kebanyakannya melayu, sebab pekerja melayu ni sangat rajin katanya. 60% pekerja kat situ mmg melayu, and ramai chinese from china, "Asian" la senang cerita. Pernah ada mat saleh masuk kerja, kerja seminggu je kena pecat, sebab tak "power" kerjanya macam pekerja melayu ni. Kenapa? Sebab kami sanggup buat apa je sebab nak cari duit kat negara orang, tak sanggup kena pecat. Mat saleh sana rasa tak tahan and tak sanggup kerja macamtu, sebab kenapa diorang nak jadi "bangla" di negara sendiri? Ada mat saleh yg kerja 3 hari and berhenti pun ada. Bagi mat saleh Australian, gaji tu tak banyak pun untuk kerja berat macamtu, tak layak untuk diorang dikerah macamtu and dibayar banyak tu, baik diorang kerja lain dapat bayaran 40-50 dollar sejam. Tapi untuk aku, 22 dollar tu convert lagi ke duit malaysia, sejam bayaran aku RM 66, memang aku sanggup buat apa je la untuk kerja tu.

Aku takde life masa kerja tu, yes, langsung takde life, hari-hari aku pergi keje balik keje je, balik solat tidur. Nak bukak laptop tengok tv pun takde masa..kalau dapat cuti sehari pun aku tak kan keluar, habiskan masa tidur je sebab tak cukup rehat. Memang takde life. Tp aku tak kisah, sebab aku sorang2 masa kat melbourne dulu and anak bini ada kat malaysia, aku takde commitment lain masa di melbourne. 3 tahun cuti summer berturut-turut aku kerja tanpa merungut sikit pun. Sebab apa? Sebab aku tau aku memang nak cari rezeki kat negara orang, and alhamdulillah dgn rezeki tu aku dapat kahwin, dapat beli kereta, dapat beli macam2 untuk ibu ayah anak bini aku. Aku takde kedekut time sikit pun untuk kerja, sampaikan aku lagi nak kerja lama sebab dibayar ikut jam, lagi lama aku kerja lagi banyak gaji aku. Aku takde family tengah tunggu kat rumah, aku takde apa2 yg tengah menunggu kat rumah masa tu, family aku, bini aku, anak aku semua kat malaysia, so bila kat Melbourne aku takde apa nak risaukan selain kerja kerja and kerja macam "bangla".. orang kata janji poket masyukkk..

Jadi kenapa bangla kat sini rajin and tak boleh nak compare dengan kita rakyat malaysia ni? Kenapa bangla sini sanggup kerja apa sahaja untuk cari duit kat sini? Sebabnya sama la macam aku masa jadi "bangla" di Australia dulu.

Bangla yg dtg sini takde apa2 commitment di sini, family anak bini semua kat negara masing2, datang sini sewa rumah ramai2 and bayar murah, kerja pagi sampai malam sebab takde apa nak fikir selain kumpul duit nak convert bawak balik negara masing2, takde anak bini tunggu kat rumah, takde kereta nak bayar, takde rumah nak bayar, takde tol nak bayar, takde minyak nak bayar, takde macam2 lagi la nak bayar.

Jadi jangan la compare.

Sekian,
Nadzir Nazuwan.

Ditulis semula untuk bacaan di oomediaNetworks. - Editor OMN


Share

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015 The Cyber Post
Distributed By My Blogger Themes | Design By Herdiansyah Hamzah