Cara Mudah Atasi Sinki Tersumbat

Wednesday, February 24, 2016


Sinki boleh tersumbat disebabkan oleh sisa makanan yang masih melekat atau tersangkut pada salurannya yang mana berlaku akibat kecuaian diri sendiri dan mungkin juga ada yang tidak bertanggungjawab melakukannya.

Tapi disebabkan lapisan minyak dan daki yang melekat pada dinding paip saluran menyebabkan laluan air semakin kecil dan menyukarkan air untuk turun dengan lancar. 

Ada beberapa cara untuk menyelesaikan masalah sinki tersumbat. Salah satu cara yang mudah kami akan kongsikan bersama anda dengan mengunakkan cuka dan baking soda.



Bahan – Bahan:

1. Cuka
2. Baking Soda
3. Dan semestinya sinki! Heee

Cara – caranya seperti di bawah

Masukkan ½ cawan baking soda kedalam lubang sinki. Pastikan air yang bertakung di dalam sinki telah dikeluarkan.

Gunakan sudu kecil atau apa-apa yang sesuai untuk masukkan baking soda tu kedalam lubang sinki.

Selepas itu masukkan pula ½ cawan cuka kedalam lubang sinki tadi. Tunggu 5 minit supaya baking soda dan cuka tadi bertindak balas.

Kemudian, ambil satu jag air panas mendidih dan curahkan ke dalam sinki.

Lihatlah hasilnya..jadi ke tak?

Sambung langkah dibawah kalau teknik diatas tak berjaya.. Well tu bermaksud ada kotoran super degil yang melekat di saluran sinki korang.. So kena guna cara yang extreme sikit.

Sediakan baldi kat bawah sinki untuk tadah air yang keluar tujuannya supaya lantai tak kotor. Tanggalkan perangkap sinki, buang semua kotoran yang telah terperangkap di dalamnya ke dalam baldi yang diletakkan di bawah sinki tadi. Buka paip untuk check jika air masih lagi bertakung di dalam sinki.

Jika masih tersumbat, Tanggalkan sambungan PVC di bawah sinki.

Bersihkan saluran atau sambungan PVC tadi dengan berus gigi yang sudah tidak digunakan.

Cantumkan semua sambungan dan perangkap sinki dan siap!

Selamat mencuba!


Share

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015 The Cyber Post
Distributed By My Blogger Themes | Design By Herdiansyah Hamzah