Sering Tukar Gambar Profil Sindrom Gilakan Perhatian

Thursday, March 31, 2016

Gambar Hiasan -Sumber Google Image

Seringkali kita dengar pepatah melayu "siapa yang makan cili dia yang terasa pedas!" mana taknya apabila sindiran itu terkena pada diri sendiri, pasti tersentuh hati itu bukan? Dan jika lihat hari ini rata-rata rakyat Malaysia kini mempunyai laman sosial seperti facebook. Ada tak diantara anda yang kerap sangat tukar gambar profil di media sosial terutamanya di laman facebook? Sebab apa anda lakukan sedemikian?
Orang yang sering menukar imej profil di akaun laman sosial merupakan jenis yang berasa dirinya tidak selamat atau ‘gila’ mendapat perhatian.

Individu seperti ini dikatakan tidak ada keyakinan diri. 

Bukan itu sahaja, mereka juga digambarkan sebagai orang yang tidak ada keyakinan diri dan jenis kurang teliti dalam membuat keputusan.
Golongan ini juga mudah berasa curiga dan sukar percaya terhadap orang lain.
Ini bukan cakap kosong je. Ini berdasarkan kajian oleh pakar psikologi Amool Ranjan yang dipetik dari Times of India.

Lebih parah ada yang mengalami krisis identiti..

Menurutnya lagi, individu tersebut juga mempunyai karakter dimana tidak berpuas hati dengan keputusan yang dibuat oleh dirinya sendiri.
Ciri individu seperti ini dikatakan mengalami krisis identiti, selain mempunyai rasa ingin tahu yang meluap-luap tentang pandangan orang lain.
Jadi, adakah anda tergolong di antara mereka yang gilakan perhatian? Jom selfie dulu.


Share

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015 The Cyber Post
Distributed By My Blogger Themes | Design By Herdiansyah Hamzah