Zul Ariffin ‘Show Off’ Badan Sado Dalam Men’s Health

Friday, March 25, 2016

Nampaknya tidak sia-sia usaha pelakon kacak yang cukup sinonim dengan drama bersiri slot akasia,tv3 Rindu Awak 100 peratus, Zul Ariffin. Beliau yang selama ini berkerja keras membina badan untuk kelihatan sado dan berotot akhirnya berjaya mendapat bentuk badan yang diimpikan
Mana tidaknya, popularitinya bukan sahaja semakin meningkat naik selepas memilik badan sasa. Malah, tawaran berlakon juga tidak putus-putus berpihak kepadanya.
Baru-baru ini, Zul telah dipilih untuk menghiasi muka depan majalah Men’s Health bagi bulan April.
Dalam majalah tersebut, aktor berpakej lengkap ini memilih untuk terbuka mendedahkan sebahagian susuk tubuh sadonya untuk tatapan ramai.
Sebelum ini, ada beberapa selebriti tanah air pernah menghiasi muka depan majalah tersebut antaranya adalah Nabil Ahmad,Nazim Othman dan Aeril Zafril.
Buat gadis-gadis yang tergila-gilakan Zul, bolehlah dapatkan majalah ini di kedai buku. 
Share

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015 The Cyber Post
Distributed By My Blogger Themes | Design By Herdiansyah Hamzah