Mimaland??
zaman dulu2 ni tempat ni sangat2 popular,... zaman dulu saya pernah ke sini...
masa tu kecik lagi tak ingat dah rupa macam mana... maklum la zaman tu akak2
abang2 bawa saya ikut je kan... bukan senangg nak ke KL... dulu2 hidup susah
mana ada keta...orang kampung yoo.. huwaaaaaa (tetiba kann...lempang karanggg
hahaha)
kemana
menghilangnya MIMALAND?? misteri sungguhh.... jomm bacaaa...
Tidak
ramai yang menyedari lokasi sebuah pusat taman rekreasi Mimaland yang pernah
beroperasi suatu ketika dahulu. Walaubagaimanapun taman itu telah ditutup atas
beberapa kes mahkamah yang dihadapi...
Melayukini.net
– Kisah Di Sebalik Penutupan Mimaland | Bagi yang lahir pada tahun 80-an
mungkin mengingati sebuah taman rekreasi yang cukup popular suatu ketika
dahulu. Taman rekreasi yang terkenal pada era 1980-an ini dikenali sebagai
Mimaland mula dibina dalam tahun 1971.. Nama Mimaland yang agak unik itu sebenarnya
adalah singkatan daripada gabungan perkataan Malaysia In Miniature Land. Ia
dibina di sebuah kawasan berbukit seluas 300 ekar di Ulu Gombak tidak jauh dari
Kuala Lumpur. Pembinaan Mimaland dibuat dalam beberapa fasa dan dibuka secara
berperingkat.
Fasa
pertama Mimaland yang siap dalam tahun 1970-an mengandungi 24 buah motel dan 5
buah chalet serta sebuah kolam renang. Antara tarikan utama Mimaland pada
peringkat awalnya ialah ‘taman haiwan prasejarah‘ yang mengandungi binaan
model-model dinosaur bersaiz besar yang begitu mengagumkan para pengunjung
ketika itu. Beberapa buah filem tempatan pernah membuat penggambaran di situ...
Pada
1984 Mimaland memperkenalkan pula satu lagi tarikan terbarunya iaitu kolam
renang yang dikatakan terbesar di Asia Tenggara, dan semestinya papan luncur
air gergasi yang sangat tinggi yang begitu digemari oleh ramai pengunjung.
Selain itu Mimaland juga mempunyai beberapa lagi bahagian lain, antaranya ialah
sebuah tasik untuk aktiviti bersampan dan memancing, kawasan ‘giant maze’,
serta kawasan untuk merentas rimba.
Setelah
bertahun-tahun Mimaland menceriakan hidup ramai orang, sesuatu yang tidak
diingini berlaku juga. Satu kemalangan telah terjadi di kawasan papan luncur
air gergasi Mimaland pada Januari 1993 yang menyebabkan kematian seorang
warganegara Singapura berusia 27 tahun...
Kejadian
malang itu mengejutkan orang ramai hingga memaksa pihak Mimaland menutup
sementara kawasan yang terlibat iaitu kolam renang dan papan luncurnya bagi
dilakukan kerja-kerja penambahbaikan. Pada Mei 1994 pula, berlaku kerosakan
pada dinding kolam renang yang sama yang berpunca daripada kejadian kecil tanah
runtuh hingga menyebabkan air lumpur memasuki kolam renang tersebut. Sekali
lagi, kawasan tersebut ditutup kepada orang ramai.
Pihak
pengurusan Mimaland kemudiannya telah diseret ke mahkamah oleh beberapa pihak
termasuk agensi kerajaan di atas beberapa dakwaan kesalahan, antaranya ialah
kelemahan dalam kawalan keselamatan, serta menjadi punca kepada beberapa
masalah alam sekitar. Sepanjang pendakwaan kes tersebut pihak mahkamah telah
menghalang Mimaland daripada meneruskan operasinya. Akibat tidak dapat lagi
bertahan tanpa beroperasi, Mimaland akhirnya terpaksa menutup terus pintunya
buat selama-lamanya pada 1994...
Kesan
peninggalan Mimaland masih wujud hingga kini.
No comments:
Post a Comment