Nama Fizo Omar dan isterinya Mawar Karim kembali hangat
diperkatakan sejak beberapa hari lepas di media sosial apabila beliau sekali
lagi mencetuskan kontroversi apabila orang ramai berebut untuk mendapatkan kopi
percuma dan nombor giliran bagi koleksi tudung Fareeda terbaru yang akan
dilancarkan.
Dalam video yang dimuat naik di Facebook, ada wanita bahkan
mereka yang sedikit berumur sanggup untuk mengasak pihak RELA untuk masuk ke
dalam kawasan kilang Fareeda Group bagi mendapatkan kopi keluaran Fizo itu.
Beberapa pihak merasa
tidak puas hati dan menyatakan Fizo masih lagi tidak serik meskipun isu
pelanggan berebut tudung Fareeda tempoh hari masih belum lagi reda.
Dibawah ini antara komen
netizen :
Ini pula video yang telah menjadi viral di media sosial
sejak beberapa hari lepas :
Kami tidak mahu cakap banyak, tetapi mungkin Fizo boleh cuba
cara pemasaran yang lain pula selepas ini. Sebagai sifu ataupun business consultant anda pasti
tahu menguruskan perniagaan dengan cara lebih berhemah dan tidak memalukan
pelanggan.
No comments:
Post a Comment