PERINGATAN! Gambar Hanya Sekadar Hiasan - Sumber Google Image |
Sejak kebelakangan ini, kecoh di media sosial
tentang wang hantaran berikutan viral hantaran tidak cukup RM15 000.00.
Seorang juru foto gambar pernikahan yang menggunakan nama Facebook Boii Amani Hashim, menceritakan satu kisah "jadi suami hanya setengah jam" yang dikatakan terjadi di depan matanya sendiri.
Seorang juru foto gambar pernikahan yang menggunakan nama Facebook Boii Amani Hashim, menceritakan satu kisah "jadi suami hanya setengah jam" yang dikatakan terjadi di depan matanya sendiri.
Lame gak aku jd photographer wedding. Macam2 aku dah tempuh. Ni aku nak share skit citer yg pernah terjadi depan aku...
Posted by Boii Amani Hashim on Monday, March 28, 2016
Lama
juga aku jadi photographer untuk majlis perkahwinan. Macam-macam aku dah tempuh. Ini aku nak
kongsi sikit cerita yang pernah terjadi di depan aku suatu masa dahulu.
Mas
hantaran kahwin, mak ayah perempuan ini letak RM22,222.22. Memang mahal gila,
tetapi si lelaki ini telah bersetuju. Aku tengok yang lelaki ini pun bukan
calang-calang orangnya.
Jadi,
sampailah ke hari akad nikah. Kedua-dua pihak gembira saja. Pengantin dengan
mukanya sudah tak sabar nak mengawan. Iyelah, musim hujan pada masa itu. Tok
Kadi sampai, maka berlangsunglah acara akad nikah dan selamba dengan senafas
sehaja pengantin lelaki lafazkan akad.
Hantaran
pun bertukar tangan, begitu juga dengan mas kahwin. Semasa lelaki itu nak baca
lafaz takliq, tiba-tiba saudara dari pihak perempuan bising.
"Duit
hantaran tak cukup RM1,000 ni!"
Pengantin
perempuan terus bangun dari tempat duduk. Tinggikan suara pada pengantin lelaki
bertanya mengapa duit hantaran tak cukup.
"Apsal
tak cukup RM1,000?" tanyanya.
Pihak
sebelah perempuan siap perli-perli, "Dah tahu tak cukup duit, tetapi gatal
sangat nak kahwin itu kenapa?!"
Yang
pengantin lelaki, walaupun mata berkaca, dia senyum sahaja. Dia ambil mikrofon
dan berkata,
"Baru
jadi isteri tak sampai setengah jam dah camni? Sahaja saya tak cukupkan seribu
sebab nak tengok kau orang macam mana. Ini saya ada bawa wang yang tidak cukup
itu," katanya sambil membuka beg yang berkepok-kepok duit not RM50 dan RM100
di dalamnya.
"Tak
apalah, alang-alang semua ada di sini, boleh jadi saksi saya. Saya ceraikan
awak dengan talak 3. Assalamualaikum," katanya buat terakhir kali sebelum
menjatuhkan mikrofon itu.
Selesai
bersalaman, mereka terus beredar dari tempat itu.
Itulah,
bila dah ada orang nak, itu kira bernasib baik. Perempuan bersepah sekarang.
Tepi-tepi bus stop pun boleh petik. Kau buka WeChat, berapa ramai yang serah
diri secara free? Kau ingat lelaki lelaki dalam drama jam 7 petang itu wujud
ke?
Sumber: Facebook Boi Amani Hashim
- Diolah semula untuk bacaan di oomedianetworks.
- Diolah semula untuk bacaan di oomedianetworks.
No comments:
Post a Comment