Selalunya apa yang berlaku dalam masyarakat kita, masa bercinta adalah saat yang paling romantis dan menjadi kenangan manis untuk setiap pasangan sebelum bergelar suami isteri. Mereka menggunakan masa itu untuk pergi 'dating' tidak kiralah samada ke panggung wayang sehinggalah ke tempat percutian yang menarik, tapi lepas kahwin semua perkara romantik hilang.
Jika
anda mula rasakan perkahwinan anda goyah, apa kata ajak pasangan untuk pergi dating macam masa bercinta dulu walaupun
sudah berumah tangga.
Itu
antara saranan Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat Datuk Seri
Rohani Abdul Karim.
Selain
itu pasangan berkahwin juga digalakkan menghadiri kursus mengurus
kemarahan untuk mengurangkan kadar perceraian yang semakin tinggi.
FAKTA: Usia
perkahwinan hanya bertahan selama 5 tahun sahaja
Satu
pertiga perkahwinan yang bertahan selama lima tahun pertama akan berakhir
dengan perceraian dan ia berada di tahap yang membimbangkan.
“Kita
juga ada program untuk menggalakkan suami dan isteri pergi ‘dating’.
“Jangan
‘dating’ dengan orang lain, ‘dating’ dengan suami atau isteri anda. Dan bila
pergi ‘dating’, jangan bawa anak,” katanya.
Pasangan
banyak bercerai kerana sudah lupa “asas-asas” bercinta seperti “keluar
‘dating’, berbulan madu, dan sebagainya”.
No comments:
Post a Comment