Kisah ini telah mengguris hati kami dan masyarakat umum, tergamaknya seorang suami menceraikan isteri disaat isteri
sedang mengandungkan zuriatnya sendiri. Inilah yang dikatakan habis madu sepah
dibuang. Segala pengorbanan selama ni sekelip mata dilupakan setelah kehadiran
orang ketiga. Sudahlah berkahwin senyap-senyap dan menghilangkan diri, malah
isteri pertama diceraikan hanya kerana mencari suami untuk menuntut nafkah
anak-anak.
Nasib malang menimpa puan ini setelah suami berkahwin lain
dengan pilihan keluarga. Anak didalam rahim juga tidak diendahkan.
Ini kisah yang ditulisnya
- -
Saya
seorang isteri yang mempunyai seorang anak berusia 6 bulan dan sedang hamil.
Kehidupan saya sebagai suami isteri bahagia sehingga hari raya tahun lalu
selepas saya mendapat tahu yang suami saya bernikah dengan orang lain yang
ternyata pilihan keluarganya.
Walaupun
saya bukan pilihan keluarga, tetapi kedua-dua belah keluarga merestui
perkahwinan kami.
Pada
hari raya kedua, suami beritahu saya yang dia harus pulang ke kampung di
seberang kerana mahu menguruskan urusan harta dan tidak mengizinkan saya
mengikutnya kerana saya pada ketika itu mengandung 7 bulan. Doktor juga
menasihatkan saya untuk tidak menaiki kapal terbang.
Dua
minggu suami berada di sana, sampai satu hari kawan saya menghantar mesej
memberitahu terlihat gambar suami saya sedang bersanding. Bila saya melihat
sendiri gambar itu, betapa sedihnya hati saya. Dalam gambar itu, suami saya dengan
isteri barunya bersama ibu mertua, kakak dan adik ipar saya.
Setelah
suami pulang, saya meminta penjelasan daripadanya. Suami meminta maaf dan
berjanji akan menjadi suami yang adil, dengan syarat saya perlu merahsiakan
perkahwinan saya dengan suami dari isteri keduanya.
Saya
maafkan dan menerima syaratnya kerana anak yang saya sedang kandung ini dan
juga dia terpaksa akur dengan kata-kata ibunya yang sakit.
Sepanjang
dua bulan selepas suami berkahwin dengan isteri kedua, dia jarang pulang kerana
mahu menjaga rahsianya sudah mempunyai isteri pertama. Walaupun begitu, dia
hanya berlaku adil pada saya sehingga saya habis pantang.
Perangainya
mula berubah, marah dan sudah kerap menipu saya. Kadang kala kami bergaduh
hanya kerana saya memintanya pulang untuk berjumpa dengan saya.
Saya
sedih yang dia telah banyak berubah. Sampai satu saat dia hilang selama dua
minggu dan saya cuba mencari dan menghubungi dia. Tindakan saya itu membuatkan
dia berang dan rimas menyebab dia mengambil keputusan untuk menceraikan saya
secara tergantung. Adakah itu alasan yang wajar untuk dia menceraikan
saya?
Sekarang
sudah tiga bulan dia meninggalkan saya tanpa sebarang nafkah dan ternyata
isteri barunya sedang hamil dan sudah tahu mengenai saya. Saya dicaci, dihina
oleh madu saya sendiri.
Di
bawah, saya sertakan mesej antara saya dengan isteri barunya dan perbualan saya
dengan suami.
Saya
buntu, sudahlah sedang hamil dan mempunyai bayi berusia 6 bulan. Hidup pula
sebatang kara dan suami tinggalkan saya tergantung begitu sahaja. Sekarang saya
mendapati kandungan saya mengalami masalah dan doktor mencadangkan untuk
gugurkan untuk menyelamatkan nyawa saya.
Saya
mahu berjumpa dengan suami tetapi dia enggan kerana sudah berubah disebabkan
oleh perempuan itu. Dia sudah tidak seperti lelaki yang saya kenal pada awalnya
dahulu. Apa yang mampu saya buat sekarang ialah hanya berdoa dan memohon
pertunjuk dari Allah.
Sumber : Kisah Rumah Tangga
No comments:
Post a Comment