Nama Ustaz Don memang tak asing
lagi di Malaysia khususnya di TV-Alhijrah. Dengan dialek utara yang pekat,
Ustaz Don berjaya mengikat hati penonton program 30 Minit Bersama Ustaz Don.
Dan bagi golongan bakal Ibu dan
bapa yang menantikan kelahiran anak, Ustaz Don dengan senang hati berkongsi
cara buat air selusuh sendiri di Majalah WANITA keluaran JUN 2014. Ternyata, Mudahnya
Buat Sendiri Air Selusuh Cara Ustaz Don ini.
Para suami adalah orang yang
paling afdhal untuk menyediakannya. Hanya ada 5 langkah untuk di baca:
1. Langkah Pertama
Surah Al-Fatihah (1X)
2. Langkah Kedua
Surah Al-Hasyr Ayat 21 hingga
24
Terjemahan Ayat 21:
"Kalau sekiranya Kami turunkan
AL-Quran ini kepada sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnyatunduk terpecah
belah di sebabkan ketakutannya kepada Allah. Dan perumpamaan-perumpamaan itu
kami buat untuk manusia supaya mereka berfikir. "
Terjemahan Ayat 22:
"Dialah Allah tiada Tuhan selain
Dia, yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, Dialah yang Maha Pemurah lagi
Maha Penyayang."
Terjemahan Ayat 23:
"Dialah Allah yang tiada Tuhan
selain Dia, Raja yang Maha Suci, yang Maha Sejahtera, yang Mengurniakan
Keamanan, yang Maha Memelihara, yang Maha Perkasa, yang Maha Kuasa, yang
memiliki Segala Keagungan, Maha Suci Allah dari apa yang mereka persekutukan."
Terjemahan Ayat 24:
"Dialah Allah yang Menciptakan,
yang Mengadakan, yang Membentuk Rupa, yang Mempunyai Asmaul Husna, Bertasbihlah
kepadaNya apa yang di langit dan Bumi. Dan dialah yang Maha Perkasa lagi Maha
Bijaksana."
3. Langkah Ketiga
Selawat Syifa'
4. Langkah Keempat
Doa Selusuh
Terjemahannya:
" Ya Allah, dengan hak
Maryam, juga hak hamba yang diturunkan kepadanya Surah Maryam, ringankanlah
daripadanya (NAMA ISTERI) penderitaan bersalin, dengan rahmatmu wahai Tuhan
yang amat mengasihani dari segala-galanya.
5. Langkah Kelima
Terjemahannya:
"Ya Allah, permudahkanlah
dan jangan Kau sukarkan kerana Engkaulah yang Maha Memudahkan, segala yang
susah adalah mudah bagiMu. Ya Allah, sempurnakanlah dengan kebaikan, dengan
rahmatMu, Ya Arhamar Rahimin."
Kisah Air Selusuh Dan Kelahiran
Don Mustofa
Mengikut cerita isteri Ustaz
Don, Dr Husna pada hari beliau melahirkan anak mereka Don Mustofa pada 18
Januari 2014 suaminya itu tidak sempat pun membuat air selusuh sebenarnya.
Ustaz Don hanya menghembuskan
ayat-ayat untuk membuat air selusuh tersebut dan mengusapkan sahaja pada perut
beliau sebelum bersalin.
Alhamdulillah. Berkat doa
seorang suami segalanya dipermudahkan. Redha suami datang bersama redha Allah.
Sama-sama kita doakan agar kandungan kita selamat dan di permudahkan proses
kelahirannya nanti.
No comments:
Post a Comment