Konvoi VIP dengan Polis Pengiring, Perlukah anda Beri Laluan?

Friday, December 18, 2015


Baru-baru ini, satu catatan oleh seorang pemandu berkenaan tidak memberi laluan kepada konvoi VIP tersebar di media sosial.



Isu berkenaan telah menjadi bahan utama dibahaskan di kalangan pengguna facebook menerusi ruangan komen status lelaki itu, yang menimbulkan persoalan disini, adakah anda perlu untuk memberi laluan kepada konvoi VIP berkenaan?

Menurut pakar undang-undang, Datuk Jahaberdeen Mohamad Yunos, jawapan pendeknya ialah TIDAK, anda tidak perlu. Ini adalah kerana tidak ada undang-undang yang memerlukan kenderaan orang awam untuk memberi laluan kepada konvoi VIP di jalan raya.

Walau bagaimanapun, setiap keadaan perlu diteliti berdasarkan kes demi kes, katanya. Dalam laporan New Straits Times, Jahaberdeen berkata: "Kita perlu melihat kepada keadaan bagi membolehkan sesuatu tindakan diambil. Jika VIP berkenaan perlu menghadiri mesyuarat rasmi dan orang awam menghalang beliau daripada menjalankan tugasnya, maka ya, dia (pemandu) boleh diminta untuk memberi laluan secara paksa.
Tetapi jika VIP yang menggunakan jalan itu atas urusan peribadinya, maka pemandu lain tidak diwajibkan untuk bergerak dan memberi laluan kepadanya. "

Pada 15 Disember yang lalu, seorang pengguna jalan raya mendakwa bahawa semasa beliau sedang memandu di jalan raya, beberapa pasukan polis pengiring bermotosikal telah mengarahkan beliau dan pengguna jalan raya yang lain untuk memberi laluan kepada sebuah kereta yang membawa VVIP.
Walaubagaimanapun mereka enggan memberi laluan kepada kenderaan VVIP berkenaan ialah satu langkah yang sesuai. Beliau memuji langkah itu kerana dianggap berjuang untuk hak-hak mereka sebagai rakyat Malaysia.

Lapor New Straits Times juga, persoalan telah diajukan kepada Ketua Pegawai Trafik Kuala Lumpur , Asisten Komisioner Mohd Nadzri Hussain, berkenaan apa tindakan yang akan diambil terhadap pengguna jalan raya berkenaan. Katanya, beliau akan mengesahkan keadaan terlebih dahulu sebelum mengulas mengenai isu itu.
Jadi, rakyat Malaysia, apa pandangan anda mengenai perkara ini ? Adakah anda bersetuju dengan tindakan pengguna jalan raya itu, atau amalan tidak memberi laluan ini adalah satu tindakan yang tidak sihat ?

Share

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015 The Cyber Post
Distributed By My Blogger Themes | Design By Herdiansyah Hamzah