Kalau
Allah murka, Allah boleh mencipta pelbagai jenis musibah untuk memberi
peringatan atas kealpaan kita, walaupun negara kita aman dan nampak macam tiada
bala bencana seperti puting beliung, gunung berapi dan lain-lain lagi.
Kenaikkan
harga tidak kira harga minyak mahupun harga bagi barang-barang keperluan yang
lain juga adalah suatu musibah yang sangat dahsyat dikala keegoan manusia
menerpa.
Apabila
Allah datangkan suatu musibah, maka orang yang baik, soleh, dan solehah pun akan
terkena tempiasnya. Semua orang akan merasa musibah tersebut kecuali mereka
yang Allah lindungi kerana ada amalan yang Allah suka.
Mungkin
kita tidak sedar bahawa kita telah banyak melakukan pembaziran dalam perbuatan
kita seharian seperti air, makanan, elektrik dan lain-lain perbuatan lagi.
Yang
paling dahsyat ialah apabila kita membuang rezeki ke dalam tong sampah.
Lebih-lebih lagi butiran nasi. Nasi atau rezeki adalah perkara yang mulia.
Perkara mulia yang tidak boleh diletakkan pada tempat yang hina seperti di
dalam tong sampah.
Apabila
kita menghina butiran nasi dan rezeki yang kita perolehi, maka setiap butiran
itu akan berdoa kepada Allah. Oleh itu, Àllah akan membuat keputusan-Nya untuk
menghina pada kita balik.
Sila
habiskan butiran nasi dan makanan, sekiranya tidak habis dimakan, maka jangan
sesekali buang ke dalam tong sampah. Sebaik-baiknya, berilah kepada
binatang-binatang lain seperti kucing, ayam, itik, burung dan ikan. Kalau tidak
jumpa binatang-binatang tersebut, maka boleh juga diletakkan berhampiran pada
pokok-pokok di sekeliling tempat tinggal anda untuk dijadikan makanan semut,
cacing dan pokok-pokok yang ada di situ (baja organik).
Sambil-sambil
itu ucapkanlah istighfar dan bersyukurlah kepada Allah dengan rezeki lebihan
yang anda perolehi pada hari ini serta berdoalah supaya orang-orang yang tidak
senasib dengan anda seperti di Syria dan di mana-mana negara yang penduduknya
tidak cukup makan dalam sehari ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan
petang akan memperolehi rezeki yang cukup untuk keperluan harian mereka. Amin.
Saya bercakap utk diri saya dan anda-anda sekalian dan bermuhasabahlah diri kita semoga Allah memberi taufiq dan hidayah serta maghfirah kepada kita agar kita tidak tergolong di dalam orang-orang yang kufur pada nikmat Allah.
Wallahua'lam.
Saya bercakap utk diri saya dan anda-anda sekalian dan bermuhasabahlah diri kita semoga Allah memberi taufiq dan hidayah serta maghfirah kepada kita agar kita tidak tergolong di dalam orang-orang yang kufur pada nikmat Allah.
Wallahua'lam.
No comments:
Post a Comment