“Service KTM Lembab Kalah Cerita Kura-Kura Lumba Arnab”

Thursday, December 17, 2015

Bagi kebanyakkan warga kota di KUALA LUMPUR,hidup memang tidak dapat dipisahkan dengan komuter. Komuter yang menawarkan perkhidmatan termurah serta jaringan perkhidmatan untuk kawasan yang agak besar menyebabkan komuter menjadi di antara pilihan utama pengangkutan.

Namun, bermula awal Disember lalu, negara menyaksikan kenaikan tambang bagi pengangkutan awam termasuk Monorel, Transit Aliran Ringan (LRT) dan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTM). Sejak pelaksanaan kadar tambang baharu ini, boleh dikatakan ada sahaja luahan dan komen-komen negatif yang dilemparkan netizen di laman sosial.

Rata-rata menyifatkan kenaikan tambang itu membebankan, namun kenaikan tambang dilaporkan terpaksa dibuat selepas mengambil kira keperluan pihak pengusaha yang terbeban dengan kenaikan kos termasuk dari segi penyelenggaraan.

Rentetan daripada itu, seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Nieta Shairi meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap sistem perkhidmatan KTM yang disifatkan tidak cekap dan lembab.

Jelasnya, dia tidak kisah untuk membayar mahal namun perlulah seiring dengan perkhidmatan yang diberikan kepada pengguna.



"Wahai KTM Berhad,
Kalau rasa x mampu nak upgrade Touch&Go machine, jgn galakkan passenger pakai Touch&Go.
Kalau rasa malas nak upgrade system perjalanan, jgn naikkan harga tambang.
Option awak utk passenger, kalau pakai Touch&Go, harga ticket lebih murah berbanding beli ticket di kaunter. Obviously akan pilih yg lebih murah kan? Tapi kenapa tak tambahkan machine Touch&Go? Bila nak beli ticket, 1 kaunter je bukak, kaunter lain tutup. Apa function kaunter yg ttp tu di waktu kemuncak?
Awak naikkan harga bukan calang2. Sampai 100%! Kalau service awak tip top mcm Rapid, sy tak kisah bayar mahal. Tapi service awak lembab mengalahkan kura2 berlumba dengan arnab dalam cerita kanak2.
Page official FB awak pun last update 2012. Dalam website awak xde satu pun option utk passenger complaint service awak. Takut la tuuu sebab mmg tau banyak complaint kan kan kan???
Nak naikkan harga perkhidmatan, awak tingkatkan la dulu kecekapan perkhidmatan awak tu. Barulah passenger tak merungut bayar mahal. Barulah rasa berbaloi bayar mahal.
Sy tak marah tp kecewa dgn service awak. Asek delay je. Problem itu problem ini. Pang nak???
Sekian luahan hati penumpang dari tambang harga RM5.60 kepada harga RM7.20 sehari utk perjalananan 8 stesen yg memakan masa antara 30min-1jam."



Harap pihak KTM mengambil berat luahan seperti ini dan melakukan penambaikan kerana pengguna memang berhak menyatakan rasa tidak puas hati mereka jika berasakan mutu perkhidmatan tidak setimpal dengan bayaran yang telah dikeluarkan





Share

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015 The Cyber Post
Distributed By My Blogger Themes | Design By Herdiansyah Hamzah